- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia.

- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar KK peringkat sijil jangka panjang sahaja (Minimum 5 semester pengajian).

- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM3000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

- Menandatangani 2 (dua) salinan pengajian yang telah dimatikan/diremitkan Setem Hasil RM10.00 setiap satu.

- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga (Borang BKPKK/B/02/1).

- 1 (satu) salinan Kad Pengenalan Pelajar.

- 1 (satu) salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga yang sah.

- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain sepanjang tempoh program.

- 1 (satu) salinan Slip Gaji/Slip Penyata Pencen/Surat Perakuan Pendapatan Ibu dan Bapa/Penjaga (Borang BKPKK/B/02-2 Jika Berkaitan).